Dari makam Tok Temong, Kami menuju ke Makam Sheikh Umar Basheer di Kampung Melayu Air Hitam Pulau Pinang. Tujuan sebenar kami sebenarnya ingin ke makam datok kepada Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) iaitu antara murshid tarekah pada zamannya. Tetapi kerana mendapat sedikit maklumat Ayah membawa kami ke makam Sheikh Umar Basheer.
Sheikh Umar Basheer dikatakan datang daripada Iraq, tetapi ada sumber sahih mengatakan beliau datang dari Hadrawmaut Yamen. Semasa hayatnya beliau adalah khalifah tarekah Naqshabandiah Al Khalidi yang membuatkan beliau mendapat gelaran Al-Khalidi. Di katakan beliau adalah orang yang mengembangkan Tarekah Naqshabandiah Al Khalidi dan ibadah suluk di Pulau Pinang yang mana tarekah ini datang dari Maulana Sheikh Khalid Al Baghdadi yang di makamkan di Damascus Syria.
Beliau hidup di zaman pemerintahan British lagi. Dikatakan orang melayu Pulau Pinang berjanji dihadapannya agar tidak berpecah belah dan menyertai pertubuhan pertubuhan yang boleh memecahkan persaudaraan umat islam di sana.
Selepas kematian beliau, Anaknya iaitu Sheikh Zakaria mengambil alih tugas dakwah beliau untuk menegakkan agama Islam. Dan kemudiannya Anaknya dilantik menjadi Mufti pertama Pulau Pinang. Manakala salah seorang anaknya lagi iaitu Sheikh Yahya juga dikatakan meneruskan perjuangan beliau dan di lantik menjadi Qadi pertama di Pulau Pinang.
Makam beliau terletak dibawah sebuah kubah setinggi 35 kaki, dikatakan dibina oleh orang islam dari India. Ini adalah makam yang terindah yang pernah kami tiba setakat ini. Begitulah Allah megistimewakan para kekasihnya yang mati di jalan Allah SWT, Tetapi kita membiarkan makam makam seperti ini terbiar dan tidak mempedulikan ia lagi. Bagaimana kita hendak mencintai Allah jika kita sendiri tidak mempedulikan para kekasihnya.
Al- Fatehah...
Kami mengambil lagi kesempatan berzikir manakib Sheikh Abdul Qadir Al Jailani dan berdoa di makam yang penuh barakah ini.
Kami meneruskan lagi perjalanan kami, destinasi kami selepas ini ialah ke Rumah Suluk yang di pendang yang kini di tadbir oleh sahabat ayah, Hj Sanusi guru Mahad Tahfezz dan khalifah tarekah Naqshabandiah Khalidiah di pendang.
bersambung
-Anak Nurrussaadah-