Monday 14 May 2012

Sheikh Bahauddin Naqshabandi pengasas tarekat Naqshabandi


Syeikh Bahauddin Naqshband Bukhari (1318 – 1389) adalah pendiri tariqat Naqshabandi, yang merupakan salah satu tariqat yang cukup besar dan berpengaruh dalam gerakan Tasawuf.


Riwayat Hidup

Tidak banyak informasi yang boleh di rungkai dari kehidupannya. Perkara ini tidaklah menghairankan, kerana semasa hidupnya, beliau melarang para pengikutnya untuk mencatat segala perilaku mahupun ucapan-ucapannya. Banyak tulisan di rangkai setelah ia wafat. Syeikh Baha-ud-Din dilahirkan pada tahun 1318 di desa Qasr-i-Hinduvan (yang kemudian bernama Qasr-i Arifan) dekat Bukhara, yang juga merupakan tempat di mana beliau wafat pada tahun 1389.

Sebahagian besar masa hidupnya dihabiskan di Bukhara, Uzbekistan serta daerah-daerah yang berdekatan, Transoxiana. Ini dilakukan untuk menjaga prinsip "melakukan perjalanan di dalam negeri", yang merupakan salah satu bentuk "laku" seperti yang ditulis oleh Omar Ali-Shah dalam bukunya "Ajaran atau Rahsia dari Tariqat Naqsyabandi". Perjalanan jauh yang dilakukannya hanya pada waktu ia menjalankan ibadah haji dua kali.

Dari awal, beliau memiliki kaitan erat dengan Khwajagan, iaitu para guru dalam mata rantai Tariqat Naqsyabandi. Sejak masih bayi, beliau telah dididik dan dipelihara sebagai anak kerohanian oleh salah seorang dari mereka, iaitu Baba Muhammad Sammasi. Sammasi merupakan pemandu pertamanya dalam jalur ini, dan yang lebih penting lagi adalah hubungannya dengan penerus (khalifah) Sammasi, iaitu Amir Kulal, yang merupakan rantai terakhir dalam salasilah sebelum Baha-ud-Din. Baha-ud-Din mendapat pendidikan awal dalam jalur ini dari Amir Kulal, yang juga merupakan sahabat dekatnya selama bertahun-tahun.

Pada suatu saat, Baha-ud-Din mendapat instruksi secara "rohani" oleh Abdul Khaliq Gajadwani (yang telah meninggal secara jasmani dan senyap-senyap) ketika melakukan zikir secara hening (tanpa suara). Meskipun Amir Kulal adalah keturunan kerohanian dari Abdul Khaliq, Amir Kulal telah mempraktikkan zikir yang dilakukan dengan bersuara. Setelah mendapat petunjuk mengenai zikir diam tersebut, Baha-ud-Din lantas tidak menghadirkan diri dalam kelompok ketika mereka mengadakan zikir secara bersuara.

Pisahnya Baha-ud-Din dari lingkaran kelompok Amir Kulal ini mungkin boleh dianggap sebagai penanda wujudnya Tariqat Naqsyabandi, yang ajarannya diambil dari Abdul Khaliq, hujung keturunannya berasal dari Khalifah Abu Bakar yang diperoleh dari Nabi Muhammad SAW. Syeikh Baha-ud-Din Naqshband wafat dan dimakamkan di desa asalnya pada tahun 1389. Makamnya merupakan salah satu tempat yang banyak dikunjungi oleh penziarah dan pelancong di Bukhara

Sheikh Saman Al-Madani Pengasas Tarekat Samaniyah



Kemunculan Tarekat Sammaniyah bermula dari kegiatan pengasasnya, Sheikh Saman Al-Madani

Nama beliau adalah Gauts Zaman al-Waly Qutbil Akwan Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani keturunan Sayyidina Hasan bin Sayyidina Ali dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra binti Sayyidina Rasulullah Saw.

Beliau adalah ulama besar dan wali agung berdarah AHLUL BAIT NABI beraqidah ahlussunnah wal jamaah dengan Asy’ari dalam bidang teologi atau aqidah, dan Syafii mazhab fiqih furu’ ibadatnya, dan Junaid al-Baghdadi dalam tasawufnya.

Beliau r.a tinggal di Madinah di rumah yang pernah diduduki Khalifah pertama, yakni Sayyidina Abu Bakar Shiddiq r.a (seorang Shiddiq yang paling agung yang tiada bandingnya, kecuali para Anbiya wal mursalin).
Guru mursyid Beliau adalah Sayyidina Syekh Mustafa Bakri, seorang wali agung dari Syiria, dari pihak ayah keturunan Sayyidina Abu Bakar Shiddiq r.a  dan dari pihak ibu keturunan Syayidina Husin Sibthi Rasulullah Saw.

Beliau mempelajari Tarekat Khalwatiyyah di Damaskus. Lama-kelamaan, ia mulai membuka pengajian yang berisi teknik zikir, wirid, dan ajaran tasawuf lainnya. Ia menyusun cara pendekatan diri dengan Allah SWT yang akhirnya disebut sebagai Tarekat Sammaniyah. Sehingga, ada yang mengatakan bahwa Tarekat Sammaniyah adalah cabang dari Khalwatiyyah.

Demi memperoleh ilmu pengetahuan, beliau rela menghabiskan usianya dengan melakukan banyak penjelajahan. Beberapa negeri yang pernah ia singgahi untuk menimba ilmu di antaranya adalah Iran, Syam, Hijaz, dan Transoxiana (wilayah Asia Tengah saat ini). Karyanya yang paling terkenal adalah kitab Allnsab. Ia juga mengarang buku-buku lain, seperti Mujamu al-Masyayikh, Tazyilul Tarikh Baghdad, dan Tarikh Marv.

Syekh Muhammad Samman dikenal sebagai tokoh tarekat yang memiliki banyak karamah. Baik kitab Manaqib Syaikh al-Waliy al-Syahir Muhammad Saman maupun Hikayat Syekh Muhammad Saman, keduanya mengungkapkan tentang Syekh Samman.

Sebagaimana guru-guru besar tasawuf, Syekh Muhammad Samman terkenal akan kesalehan, kezuhudan, dan kekeramatannya. Konon, ia memiliki karamah yang sangat luar biasa. “Ketika kaki diikat sewaktu di penjara, aku melihat Syekh Muhammad Samman berdiri di depanku dan marah. Ketika kupandang wajahnya, tersungkurlah aku dan pengsan. Setelah siuman, kulihat rantai yang melilitku telah terputus,” kata Abdullah al-Basri. Padahal, kata seorang muridnya, ketika itu Syekh Samman berada di kediamannya sendiri.

Adapun perihal awal kegiatan Syekh Muhammad Samman dalam tarekat dan hakikat, menurut Kitab Manaqib. diperolehnya sejak bertemu dengan Syekh Abdul Qadir Jailani.
Suatu ketika, Syekh Muhammad Samman berkholwat (menyendiri) di suatu tempat dengan memakai pakaian yang indah-indah. Pada waktu itu. datang Syekh Abdul Qadir Jailani yang membawakan pakaian jubah putih. “Ini pakaian yang sesuai untukmu.” Ia kemudian memerintahkan Syekh Muhammad Samman agar menukar pakaiannya dan mengenakan jubah putih yang dibawanya. Konon, Syekh Muhammad Samman menutupi ilmunya sampai datanglah perintah dari Rasulullah SAW untuk menyebarkannya kepada penduduk Kota Madinah. Wa Allahu a’lam.

Sunday 13 May 2012

Ceramah sambutan maulud oleh Kiyai Muhd Baihaqi

Pada 28hb April 2012, Baitul Ibadah Nurrussaadah telah mengadakan majlis sambut maulud serta majlis perkahwinan salah seorang jemaah. Majlis pernikahan telah dijalankan pada sesi pagi selepas majlis berzanji.

pada sesi malam pula, Ceramah telah diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Kiyai Muhd Baihaqi bin Hj Mahfoz dari pondok Pasentren Daarul Tauhid as Salafi . Di sini dimuatkan beberapa bahagia ceramah yang dapat dikongsi untuk semua.

maaf kerana masih tidak berapa mahir mengedit video ini. mudah mudahkan kita dapat manafaat daripada apa yang di kongsi olehnya.