Friday 8 June 2012

Jelajah Sofi : Makam di Raub pahang


Pada 9 haribulan Jun bersamaan 19 Rejab 1433, salah seorang jemaah telah menjemput mengadakan Zikir Manakib Sheikh Abdul Qadir Al Jailani di rumahnya di Raub Pahang sempena perkahwinannya.

Kami sampai awal di sana. Oleh kerana masih awal, tuan rumah menjamu kami dengan minuman dan sedikit kuih muih. Selepas selesai, kami berbual bual dengan tuan rumah, katanya ada rumah suluk berhampiran dengan rumahnya. kerana masa masih awal, kami terus meminta tuan rumah membawa kami ke sana untuk tujuan ziarah.

Destinasi pertama yang kami tiba bukan lah rumah suluk tersebut, ia adalah sebuah surau lama yang telah dimakan usia dan telah ditinggalkan, ia terletak di tengah tengah kawasan perkuburan.

kami tiba di kawasan perkuburan dan surau lama ini


pandangan hadapan pintu masuk surau

Kata ayah, beliau mahu mencari makam sheikh Umar dan Imam Hj Ishaq di Raub ini. Tetapi disini kami hanya menemui makam Imam Hj Mohd Rawi Bin Hj Mohd Khatib Latan yang terletak betul betul di sebelah surah lama itu yang semasa hayatnya beliau adalah seorang guru agama Al-Quran, wali hakim dan imam masjid Raub pahang

makam Imam Hj Mohd Rawi bin Hj Mohd Khatib Latan
Al- Fatihah.

Oleh kerana kami tidak menjumpai makam sheikh umar dan imam Hj Ishaq, kami meneruskan perjalanan kembali ke rumah suluk yang hanya terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan ini.

Setibanya kami di rumah suluk tersebut, kata ayah, rumah suluk ini telah di dirikan oleh Imam Hj Ishaq yang memimpin jemaah tarekah Naqsyabandiyah Khalidiyyah satu masa dahulu. Ia terletak di Jeram Bangkin, Dong Raub.
kami tiba di rumah suluk dengan titi kecil untuk merentas sungai
 Kami sangat gembira kerana dapat menziarah kawasan rumah suluk yang berhampiran sungai, terletak jauh dari kesibukkan kota yang pernah menjadi tempat mereka mereka bersuluk untuk melatih diri mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Kami disambut oleh dua orang lelaki ( maaf terlupa mencatit namanya) yang menjaga rumah suluk tersebut. kata mereka rumah suluk ini sudah tiada yang memimpin dan mereka hanya menjaganya sahaja. katanya rumah suluk ini penah satu ketika dulu pada zamannya memuatkan lebih 500 jemaah bersuluk dalam satu masa. Begitulah ramai pada satu ketika dulu mereka yang berlumba lumba mengabdikan diri kepada Allah.

pandangan belakang rumah suluk, dan dewan makan besar di belakang, tidak hairanlah ia mampu menampung ramai jemaah suluk dalam satu masa

Sambil berbual dengan dua orang lelaki tersebut, ayah menunjukkan saya pada sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan rumah suluk ini. " tengok rumah tu, macam rumah kiyai Saleh Muar kan? sebab sheikh Umar juga orang batu pahat johor. baru teringat saya ketika melawat kawasan surau Kiyai Saleh pada Awal Muharram tahun ini. Terdapat sebuah rumah di kawasan surau kiyai Saleh di Muar, terdapat sebuah rumah yang saling tak tumpah macam rumah ini.
rumah yang terletak di sebelah rumah suluk

Tuan Guru Hj Ishaq adalah murid kepada Sheikh Umar dan beliau telah memimpin suluk buat pertama kalinya di rumah suluk ini yang didirikan pada bulan Oktober 1965, surau ini juga kata ayah pernah menjadi tempat untuk Tuan Guru Dr Hj Jahid atau Prof Jahid seorang pendakwah terkenal menerima baiah Tarekah Naqshabandiyah Khalidiyyah dengan Tuan Guru Hj Ishaq.

setelah berbual beberapa minit dengan penjaga rumah suluk ini, kami mendapat maklumat bahawa makam Imam Hj Ishaq terletak tidak jauh dari rumah suluk ini. Dan lebih mengejutkan makam gurunya Sheikh Umar terletak di kawasan perkuburan yang kami singgah sebelum tiba di rumah suluk ini, tapi ia terletak di hujung tanah perkuburan itu dalam sebuah rumah berdinding biru.

kami terus bergegas ke makam Imam Hj Ishaq memandangkan makam beliau paling hampir pada lokasi kami ketika ini, dan akan kembali ke kawasan perkuburan tadi bagi menziarahi makam Sheikh Umar apabila dalam perjalanan pulang nanti.

sila rujuk sini untuk mengenali Imam Hj Ishaq

kami tiba di kawasan perkuburan 

disinilah jasad Imam Hj Ishaq disemadikan



Makam Imam Hj Ishaq
Al-Fatihah

Setelah kami menziarahi makam Imam Hj Ishaq, kami terus bergegas untuk ke makam guru beliau iaitu makam Sheikh Umar.

Sila Rujuk Sini untuk mengenali Sheikh Umar
merentasi kawasan perkuburan dan makamnya terletak dalam rumah berwarna biru berbumbung merah



di sinilah jasad beliau disemadikan.
Al-Fatihah

Alhamdulillah dengan tidak dirancang, kami telah dipertemukan dengan kekasih Allah di dalam bulan Rejab yang mulia ini. Sesungguhnya mereka ini hidup disisi Allah.

Firman Allah:
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki

Firman Allah:
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.



Selepas itu kami terpaksa pulang kerana program zikir manakib akan berlangsung seperti yang dijanjikan. 
Alhamdulillah program kami berjalan dengan lancar bersama-sama dengan jiran tetangga di sana.

gambar kenangan jemaah kami bersama dengan tuan rumah, tuan imam dan anak kepada Imam Hj Ishaq.
jamuan makan bersama penduduk di situ
setelah selesai sekali lagi kami di kejutkan dengan kehadiran anak kandung imam Hj Ishaq, rupa-rupanya dia ada bersama sama dengan kami sewaktu berzikir tadi. cuma datangnya lambat sedikit kerana beliau pulang ke rumah untuk mengambil senaskah buku serta gambar lama barisan jemaah tarekah Naqshabandiah Khalidiyyah pimpinan sheikh Umar satu ketika dulu. Gambar dan senaskah buku mengenai Tarekah Naqshabandiah di hadiahkan kepada ayah. Terima kasih di ucapkan.

kami bertolak pulang dalam pukul 12 malam. Kata ayah sebelum pulang, beliau akan  datang kembali ke sini, InsyaAllah kami akan sampai disini lagi bersama jemaah.


-Anak Nurrussaadah-